Monday, March 10, 2008

JOM LA PAKAT BACA,LEPAS TU PAKAT-PAKAT KOMEN..

PEPERANGAN MU'TAH
Jamadil awal pernah memahatkan peristiwa bersejarah yang mana menyaksikan berlakunya peperangan Mu'tah di Mu'tah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak,Jordan .Perang Mu'tah dalam bahasa arab : (معركة مؤتة , غزوة مؤتة‎) berlaku pada sekitar tahun 629M dengan tentera islam seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom
seramai 200,000 orang tentera.
Tujuan baginda menghantar tentera Islam kerana sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan
ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom.
Ketika ini, baginda melantik tiga orang panglima
Islam iaitu Zaid idn Harith dilantik sebagai ketua panglima, Ja'afar idn Abi Talib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah idn Rawahah sebagai pengganti Ja'afar sekiranya Ja'afar terkorban.
Pertempuran ini berlaku di Karak
di mana pada hari ini terletak di dalam negara Jordan . Di dalam peperangan ini, ketiga-tiga ketua panglima yang dilantik oleh Nabi terkorban. Apabila kesemua panglima terkorban, Thabit idn arqam mengendalikan tentera Islam buat seketika, namun beliau tidak berkehendak untuk memimpin tentera Islam ketika itu.
Setelah beberapa ketika, Thabit mencadangkan Khalid idn Al-Walid
dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam. Perlantikan ini dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Selepas perlantikannya, Khalid bertindak dengan menyelamatkan tentera Islam daripada terbunuh.Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang beserta taktik untuk melakukan keriuhan di barisan belakang, taktik ini berjaya mengelirukan barisan hadapan tentera Byzantine. Hasilnya. Khalid berjaya mengundurkan tentera Islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh tentera musuh.
Selepas ini, Khalid bertindak cemerlang dalam memimpin tentera Islam dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Parsi
dan di dalam siri Peperangan Islam dan Rom-Byzantine.
Sekiranya kalau kita lihat kesan peperangan ini,kesannya masih ada hingga sekarang yang mana kita boleh melawat maqam-maqam sahabat yang telah gugur syahid dalam peperangan ini di Mazar berdekatan dengan Mu'tah. Beberapa tahun yang lepas pihak kerajaan Jordan telah menggali kawasan yang mana kawasan itu dikuburkan para syuhada' bagi membina masjid baru menggantikan masjid yang lama. Ketika kerja-kerja dijalankan, tiba-tiba berlaku peristiwa yang mana salah satu jentolak terkena tubuh syuhada' dan darah masih mengalir ditubuh mereka walaupun lebih seratus tahun mereka dikebumikan. Peristiwa ini telah menyakinkan kita bahawa mereka yang gugur syahid sebenarnya tidak mati di sisi Allah begitu juga Islam, islam akan menang walaupun ia ditentang dan kekufuran akan kecundang walaupun ia di tatang oleh sebab kejahilan. Wslm.....

Thursday, February 21, 2008