Monday, March 10, 2008

JOM LA PAKAT BACA,LEPAS TU PAKAT-PAKAT KOMEN..

PEPERANGAN MU'TAH
Jamadil awal pernah memahatkan peristiwa bersejarah yang mana menyaksikan berlakunya peperangan Mu'tah di Mu'tah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak,Jordan .Perang Mu'tah dalam bahasa arab : (معركة مؤتة , غزوة مؤتة‎) berlaku pada sekitar tahun 629M dengan tentera islam seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom
seramai 200,000 orang tentera.
Tujuan baginda menghantar tentera Islam kerana sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan
ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom.
Ketika ini, baginda melantik tiga orang panglima
Islam iaitu Zaid idn Harith dilantik sebagai ketua panglima, Ja'afar idn Abi Talib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah idn Rawahah sebagai pengganti Ja'afar sekiranya Ja'afar terkorban.
Pertempuran ini berlaku di Karak
di mana pada hari ini terletak di dalam negara Jordan . Di dalam peperangan ini, ketiga-tiga ketua panglima yang dilantik oleh Nabi terkorban. Apabila kesemua panglima terkorban, Thabit idn arqam mengendalikan tentera Islam buat seketika, namun beliau tidak berkehendak untuk memimpin tentera Islam ketika itu.
Setelah beberapa ketika, Thabit mencadangkan Khalid idn Al-Walid
dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam. Perlantikan ini dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Selepas perlantikannya, Khalid bertindak dengan menyelamatkan tentera Islam daripada terbunuh.Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang beserta taktik untuk melakukan keriuhan di barisan belakang, taktik ini berjaya mengelirukan barisan hadapan tentera Byzantine. Hasilnya. Khalid berjaya mengundurkan tentera Islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh tentera musuh.
Selepas ini, Khalid bertindak cemerlang dalam memimpin tentera Islam dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Parsi
dan di dalam siri Peperangan Islam dan Rom-Byzantine.
Sekiranya kalau kita lihat kesan peperangan ini,kesannya masih ada hingga sekarang yang mana kita boleh melawat maqam-maqam sahabat yang telah gugur syahid dalam peperangan ini di Mazar berdekatan dengan Mu'tah. Beberapa tahun yang lepas pihak kerajaan Jordan telah menggali kawasan yang mana kawasan itu dikuburkan para syuhada' bagi membina masjid baru menggantikan masjid yang lama. Ketika kerja-kerja dijalankan, tiba-tiba berlaku peristiwa yang mana salah satu jentolak terkena tubuh syuhada' dan darah masih mengalir ditubuh mereka walaupun lebih seratus tahun mereka dikebumikan. Peristiwa ini telah menyakinkan kita bahawa mereka yang gugur syahid sebenarnya tidak mati di sisi Allah begitu juga Islam, islam akan menang walaupun ia ditentang dan kekufuran akan kecundang walaupun ia di tatang oleh sebab kejahilan. Wslm.....

31 comments:

far east said...

Salam,awwalan...gambar 2 kecik kan ckt...hazihil maqalah jamiil....istamir li tabligh da'wah...takbiiiirr...

suhaini said...

assalamualaikum,
1stly,congratulation. ermm..blog besar2, xkan 1 cute je kot?...teruskan usaha:)

nawwir nur-eniey- said...

Assalamualaikum..
Syabas ya akhi..teruja ngan kisah2 para2 shuhada' yang gugur dmi memoertahankan agama kita..taktik perang yang cantik..so,jom ya akhi kita perangi puak kristian yang nak hanucurkan Islam..InsyaAllah...

Irshadiah Addiniah said...

salam.tahniah.teruskan perjuangan....

badli said...

asalamualaikum...sememangnya para mujtahid adalah golongan yang telah dijanjikan oleh allah s.w.t nikmat yang besar di akhirat nanti.. sebagaimana peristiwa yang telah berlaku di makam mujtahid, membktikan bahawa golongan ini mempunyai kedudukan yang paling terpuji di sisi allah..

bDk pAhANg said...

salam...best ar ko punyer blog.citer pun best...blog ko ni pun cantik.warna-warni....mcm tuan die gak....heheheh

Rushdy said...

pakai kat ibu jarike, ibu jari kaki ke.tatap x elok..pakailah sebagaimana telah ditetapkan 2...em pasal kisah koni..aku x baca lagi tapi aku pasti mesti best ko punye cerita kerna ku kaguminya

puteri said...

salam..
first baca,ingatkan jom pakat2 kalih,rupenye jom pakat2 baca...:)just kidding...actually,yg 2 x penting.disamping wat keja yg di amanahkan,bleh juga kt berdakwah kan...dpt juga pahala, xbyk pun,ckit pun jadila...
yg penting usaha kita untuk menyampaikan dakwah,x bleh bil hal,bil lisan,x bleh bil lisan n bil hal, bil kitabah...k lah,slmt berjuang...

WARDA!!!!! said...

salam..
tq!!!
banyak maklumat saya dapat tentang peperangan ini..teruskan usaha..
wsalam...

HANAK said...

tahniah..teruskan penulisan anda untuk berdakwah:)

ra said...

salam...satu kisah yang menakjubkan!!!moga kita dapat merancang srategi yang sebigitu rupa dalam kehidupan dan moga ianya juga dapat dijadikan sbg satu wacana dalam kita melayari arus perjuagan..ma'an najah!!

ummuhurairah said...

persembahan yang baik. syabas diucapkan.

marza said...

salam aizam...tahniah sbb dapat wat blog yang menarik nie...tambahkan lah lagi citer2 tentang sirah nabi lagiii..gud job bro...semoga sukses selalu..

amani said...

salam amboi machonye budak ni..teruja btoi dgn kisah ni..whatever, teruskan usaha anda ye..

wangs said...

salam,tahniah. jamil jiddan blog anda syeikh.... cite anda menarik. tertyarik saya membacanya. harap anda memaparkan lbh bnyk lagi cite yang menarik..... tahnu=iah and syabas, teruskan usaha anda.

ziey said...

salam...
tahniah...bnyk maklumat yg saya dpt dlm cite 2..
teruskan usaha..

wassalam...

spect said...

truskan pjuangan
jgn sia-siakan pjuangan rasulullah s.a.w
dmi islam tercinta
CAYO2!

DILAH_8539 said...
This comment has been removed by the author.
DILAH_8539 said...

salam....tahniah! dapat la juga kte kongsi maklumat.....stategi yang dipaparkan dalam citer ni menarik....smga kte smue pn ada strategi untuk berjaya.....teruskan usaha........

SHUKRI KS26116 said...

salammm..... aku tgk dalam byk2 blogspot, blog kau yang paling bagus.. TERUSKAN USAHA ANDA..

Anonymous said...

salam,lawalah blog ni,tp warna dia 2 romantik sgt 2,smua mrah.ape2 pun thniah la.......

KimAmaN said...

Salam..

tahniah tlebih dahulu coz dpt mhasilkan sbuah blog yg tampak mnarik, kreatif dan agak jiwang gak la..jiwa lembut halus la ni..em,xpe2..

jalan cerita pn nmpk mnarik n dpt mberi pgajaran n ihtimam bsama..hope dpt teruskan usaha anda bkn stakat d sni saja yer..
InsyaAllah..

w.i.s.d.O.m said...

subhanallah..bagai langit dgn bumi jika dibandingkan para sahabat dgn kita ek.. jum kita sama2 amik iktibar dari kisah ni..
al-Fatihah utk para Syuhadah.. moga kita bleh bertemu mrka di Jannah..amiin:D

ina said...

salam..your blog so nice,pink gitu..citer pun best,sng nk fhm..tahniah dan teruskan berjuang fi sabilillah..wslm

azlin said...

salam..
ok juga topik nie,tapi kalau boleh tambahlah lagi info tetang perang mu'tah nie...

mestika_87 said...

salam..citer best... siap ada gambo rose lg.. jiwang jg.. hehehe..

Anonymous said...

ISLAM SEMEMANGNYA KUAT..YAKIN DENGAN ISLAM,SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT..AMIN...

azianiza said...

salam..
tahniah di atas kejayaan dalam memaparkan kisah sirah ini...
semoga ianya dapat dijadikan ikhtibar kepada rakan-rakan seperjuangan..

harap dapat memaparkan lagi kisah-kisah yang menarik..
wassalam...

areda said...

salam,,,good,,,cerita yang ringkas
,,,

sarahyati said...

salam...cayokkkk......jgn berhenti kt sini jea tau....teruskan lagi...semoga maju jaya....ingat lah ustz bagi tugas ini byk faedahnya tau...

Puteri said...

salam.

gembira dapat 'berjumpa' pelajar sama universiti di sini.

salam perkenalan dari 'puteri'.